Program Kemasukan Ke IPT Di UniMap Sabtu - Kampus | mStar

Program Kemasukan Ke IPT Di UniMap Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 12:31 PM

Kampus Induk UniMap di Pauh Perlis.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) Universiti Malaysia Perlis (UniMap) akan mengadakan program 'Jejak Menara Peringkat Negeri Perlis 2014' di kampus tetap UniMap di Pauh pada Sabtu.

Timbalan Naib Canselor Hepa, Prof Madya Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata, program sehari itu yang mendapat kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bertujuan membantu pelajar memilih jurusan yang betul dan sesuai dengan kelulusan mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam.

Ia dijangka dihadiri lebih 700 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 di sekitar Perlis.

Beliau berkata, program tersebut bermula awal bulan lepas di semua negeri dan Perlis merupakan negeri terakhir yang mengadakannya.

Tags / Kata Kunci: UniMap , IPT , Perlis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan