UiTM Serius Terap Budaya Berintegriti, Lahirkan Graduan Berprinsip

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 9:46 AM

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat penerapan budaya sahsiah berintegriti dalam kalangan warganya sebagai satu sasaran melahirkan generasi graduan berprinsip sedemikian pada masa depan.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata pelbagai langkah diambil untuk memastikan budaya itu sentiasa diamalkan dan pemeteraian memorandum persefahaman dengan Institut Integriti Malaysia (IIM) adalah kemuncak kepada usaha itu.

"Sebagai sebuah universiti terbesar di negara ini dengan kapasiti mahasiswa hampir 200,000 orang, integriti adalah faktor terpenting yang perlu diterapkan dalam kalangan kakitangan dan juga penuntut.

"Sehubungan itu, kita mahu jadikan sahsiah berintegriti sebagai satu amalan yang mana setiap graduan yang bakal dilahirkan mempunyai budaya tersebut supaya apabila mereka memasuki pasaran kerja kelak, ia menjadi keutamaan dalam cara kerjanya," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Sahol Hamid

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU)dengan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh sempena Pelancaran Bulan Integriti UiTM 2014.

Sebelum itu, beliau menandatangani memorandum persefahaman tersebut bersama-sama Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh sempena majlis pelancaran Bulan Integriti UiTM 2014 yang dirasmikan Pro Canselornya, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Tambah Sahol Hamid, sebagai gedung ilmu, UiTM pastinya memberi perhatian lebih khusus kepada integriti akademik dengan menguatkuasakan polisi, dasar dan sistem sedia ada bagi membendung pelanggaran prinsip itu dalam kalangan pensyarah, penuntut serta kakitangan universiti berkenaan.

Justeru, katanya, kerjasama erat dengan IIM dilihat dapat menjadi rujukan kepada pihaknya untuk melaksanakan program-program pendedahan kepada budaya berintegriti selain memberikan latihan kepada kakitangan serta penuntut dalam mengawal pelanggaran kod etika.

Sementara itu, Mohd Tap berkata jumlah graduan UiTM yang banyak mampu memberikan impak besar kepada pasaran kerja, maka pendedahan mengenai tadbir urus berintegriti perlu diterapkan sejak awal.

"Kita menggunakan peluang ini dengan berperanan memberikan penerangan kepada mahasiswa baharu bukan saja di UiTM tetapi di institusi lain juga yang mana sekarang hampir 80,000 hingga 90,000 penuntut telah kita dedahkan mengenai budaya berintegriti ini," katanya.

Beliau berkata sebanyak 48 organisasi telah memeterai perjanjian persefahaman dengan IIM bagi memastikan konsep tadbir urus baik dapat dilaksanakan di organisasi terlibat.





Tags / Kata Kunci: UiTM , Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan