suria

UTEM Hulur Bantuan Kepada Pelarian Syria

Universiti Teknikal Melaka.
MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan misi kemanusiaan ke Kem Zaptari di Syria yang bermula 14 Mac lalu dan berakhir Khamis (20 Mac).

UTeM menerusi kenyataannya menjelaskan sebanyak RM70,000 hasil sumbangan kakitangan, pelajar, orang perseorangan serta syarikat korporat disalurkan ke kem itu pada misi kemanusiaan tersebut.

Bantuan itu digunakan untuk membeli makanan, ubatan serta pakaian untuk kegunaan pelarian di kem tersebut, yang dihuni banyak wanita dan kanak-kanak.

Program anjuran Persatuan Alumni UTeM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Malaysia Cawangan UTeM dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia itu diketuai Pengarah Pusat Islam UTeM Dr. Radzuan Nordin.

Ketika ini dianggarkan antara 600,000 hingga 1 juta pelarian Syria berada di kem pelarian yang terletak di sempadan Jordan itu.

Artikel Lain