USM Cipta Kit Kesan Bakteria Punca Karat 18 kali Lebih Pantas

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kit pengesan bakteria punca karat yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka dapat menjimatkan kos penyelenggaraan industri minyak dan perkapalan yang pada masa ini mencecah berbilion ringgit.

Ketua penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Elektronik USM, Dr Zaini Abdul Halim berkata, ini kerana kit itu berupaya mengesan bakteria tersebut 18 kali ganda lebih pantas berbanding teknik konvensional.

"Pengaratan besi dipengaruhi mikrob dikenali sebagai bakteria penurun sulfat. Pertumbuhannya perlahan, justeru kaedah pantas untuk mengesan kehadirannya lebih awal adalah perlu bagi mengelakkannya daripada terus membiak dan menyebabkan kerosakan lebih besar," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kaedah konvensional bertumpu kepada aktiviti pertumbuhan bakteria menerusi pengambilan sampel dari kawasan yang dipercayai tercemar dan kaedah itu mengambil masa sehingga 18 jam sebelum beroleh keputusan.

Menerusi kit ciptaan penyelidik kami, bakteria boleh dikesan dalam tempoh sejam menggunakan sensor yang berkepekaan pada 5ppm (partikel per sejuta) dan boleh dipercepatkan kepada beberapa minit dengan penggunaan sensor yang lebih sensitif serendah 0.05ppm, katanya.

Beliau menambah, pihaknya mengambil masa empat tahun untuk menghasilkan prototaip itu dengan kos penyelidikan RM280,000.

Kini produk ini sudah sedia untuk dikomersialkan dan USM mempelawa mereka yang berminat membuat tawaran, katanya.

Menurut Zaini, inovasi itu ialah yang pertama di Malaysia dan produk tersebut memenangi anugerah emas dalam Ekspo Teknologi Malaysia 2014 yang berlangsung di Kuala Lumpur bulan lepas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan