Lima Produk Ciptaan Unisza Sertai Pameran Geneva Apr Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 11:40 AM

Universiti Sultan Zainal Abidin

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lima produk ciptaan penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan menyertai Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva pada 2 hingga 6 April depan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Unisza, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, kelima-lima produk itu telah memenangi pingat emas di Pameran Ciptaan, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Mei lepas.

"Kelima-lima produk ini mempunyai kekuatan dan keunikannya yang tersendiri untuk manfaat masyarakat dan industri merangkumi bidang pendidikan, agama, kesihatan dan persekitaran.

"Harapan kita memenangi mana-mana kategori dalam pameran itu dan berharap ia akan mencetus lebih banyak hasil kajian dan penyelidikan oleh warga Unisza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2014 di sini.

Antara lima produk itu ialah permainan interaktif pendidikan untuk kanak-kanak pesakit sawan, alat pencegahan mengesan banjir, pembelajaran ibadah umrah bagi umat Islam dan sistem data untuk pemarkahan dalam peperiksaan universiti.

Mengulas mengenai minggu penyelidikan itu, Dr Mohd Ekhwan berkata, pihaknya bercadang menganjurkannya secara bersama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain dalam skala lebih besar pada masa akan datang.

Menurutnya Unisza tidak akan mengehadkan hasil kajian penyelidikan warganya semata-mata untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya membuka ruang kepada mereka untuk terus berkarya tanpa had.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan