UniMap Jalin Kerjasama Dengan Universiti Pertahanan Poland

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 1:06 PM

Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga, kiri) dan Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) diantara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin (duduk, kiri) dengan Universiti Pertahanan Nasional Poland yang diwakili oleh Rektor Komandannya, Mejar Jen Boguslaw Pacek (duduk, kanan) dalam majlis yang diadakan di kampus tetap UniMAP di Pauh dekat sini, hari ini. Raja Muda adalah merupakan Canselor UniMAP manakala Raja Puan Muda merupakan Pro-Canselor UniMAP. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maju setapak lagi hasil pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Pertahanan Nasional Poland yang membuka kepada kerjasama dua hala terutama dalam bidang pendidikan ketenteraan.

UniMAP diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala Universiti Pertahanan Nasional Poland di Warsaw oleh Rektor Komandannya, Mejar Jen Boguslaw Pacek dalam majlis yang diadakan di kampus tetap UniMAP di Pauh, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP berkenan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu.

Ia turut disaksikan Duta Republik Poland di Malaysia, Adam Jelonek.

Menurut Prof Dr Kamarudin UniMAP mahu memainkan peranan penting kerana menyedari kepentingan pendidikan ketenteraan kepada pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi.

"Bidang kejuruteraan terdapat banyak persamaan berkaitan penyediaan keperluan ketenteraan. MoU ini mengukuhkan hubungan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan reka cipta selain pertukaran pelajar, kakitangan dan penganjuran bersama simposium.

"UniMAP beruntung kerana pengalaman Universiti Pertahanan Nasional Poland dalam bidang pendidikan ketenteraan diakui di Eropah akan meningkatkan lagi nilai UniMAP dalam usaha mengembangkan rangkaian dan mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa, kata Prof Dr Kamarudin.

Majlis MoU itu diikuti dengan ceramah yang disampaikan Mejar Jen Pacek bertajuk 'Organisation, Status and Function of Higher Military Eduction System in Poland'.

Beliau juga berkongsi pengalaman 'Poland's Lesson Learnt from Operation in Africa and Afghanistan' selama hampir dua jam yang turut dihadiri kakitangan dan pelajar UniMAP.



iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan