PDRM Dan UMT Jalin Kerjasama Dalam Bidang Forensik

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Siasatan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menuju era yang lebih dinamik apabila Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mewujudkan kursus Sains Forensik September ini.

Naib Canselor UMT Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata kursus di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Liberal itu turut terbuka kepada anggota PDRM.

Katanya UMT telah menjalankan penyelidikan berhubung pembangunan forensik sejak empat tahun lalu tetapi ia dibuat secara tidak rasmi.

"Kita akan mempertingkat lagi kursus yang bakal dilaksanakan ini pada masa akan datang selain menjalankan kajian berterusan khususnya dalam bidang forensik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan PDRM untuk penubuhan kursus berkenaan.

Menurutnya penguatkuasaan undang-undang dan institusi penyelidikan dapat mengukuhkan lagi usaha kedua organisasi ini dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi melahirkan lebih ramai penyelidik dalam bidang berkenaan.

Jelasnya MOU itu juga bakal menyediakan platform pertukaran maklumat dan kepakaran serta keperluan fizikal penyelidikan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui kursus yang bakal dimulakan iaitu mengenai jenayah dadah, perdagangan dan siber.

Dr Ibrahim berkata sebahagian daripada kursus berkenaan menjalankan kajian forensik hasil ciptaan sendiri manakala yang lain berpandukan kaedah daripada beberapa negara maju.

Katanya kajian mengenainya akan dijalankan secara berterusan yang akan memberi tumpuan kepada pembedahan mayat bagi menentukan punca, tarikh kejadian dan menerusi kajian yang dijalankan itu bakal menemui beberapa kaedah baharu bagi menyelesaikan dan merungkaikan satu-satu kes.

"Kita juga akan menjemput beberapa ahli akademik dan mempelawa pegawai PDRM yang mempunyai kepakaran untuk melanjutkan lagi pelajaran dalam bidang itu untuk memperoleh lebih banyak keupayaan Saintifik untuk langkah yang lebih efektif," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kaedah penyiasatan dengan menggunakan teknoloji forensik yang baik mampu mempercepat dan memperkemaskan siasatan.

Katanya pihaknya mengalukan-alukan langkah UMT dan sedia bekerjasama agar menerusi kajian itu, siasatan terhadap sesuatu kes itu akan menjadi lebih baik.

"Menerusi kajian ini PDRM dapat mengoptimumkan kaedah penyiasatan forensik yang banyak digunakan dalam kes jenayah serta kes dadah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan