suria

Ghazally Dilantik Naib Canselor Pengasas UCSF

KOTA KINABALU: Bekas naib canselor Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Prof Dr Ghazally Ismail dilantik sebagai Naib Canselor Pengasas Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Sabah.

Pada 28 Oktober, Kementerian Pendidikan meluluskan penubuhan UCSF dan pelantikan DR Ghazali sebagai naib canselornya.

Selama empat tahun sebelum ini, Dr Ghazally tinggal di New Zealand dan berkhidmat sebagai perunding kepada banyak universiti berkaitan pengurusan penyelidikan dan pemindahan teknologi.

"Tawaran untuk pulang ke Sabah dan menjadi perintis bagi sebuah lagi universiti terlalu menarik untuk dilepaskan," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Semalam, bekas naib canselor Universiti Malaysia Sarawak bagi penyelidikan dan perkhidmatan ini memberi taklimat kepada lembaga pengarah UCSF tentang konsep dan strategi yang ingin beliau laksanakan untuk yayasan itu.

Dr Ghazally, yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi Pusat Penyelidikan Lapangan Lembah Danum, berkata beliau ingin melihat UCSF berkembang menjadi sebuah universiti hijau butik. - BERNAMA

Artikel Lain