UPM 100 Universiti Terbaik Dunia Bidang Pendidikan, Pertanian & Perhutanan - Kampus | mStar

UPM 100 Universiti Terbaik Dunia Bidang Pendidikan, Pertanian & Perhutanan

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fakulti Pertanian UPM, Serdang
Fakulti Pertanian UPM, Serdang

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) diiktiraf sebagai 100 universiti terbaik dunia dalam bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata penarafan itu menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.

"Pencapaian yang disumbangkan oleh Fakluti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Faklulti Pengajian Pendidikan serta institut-institut UPM yang menyokong bidang-bidang itu menunjukkan UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan.

"Antara kriteria dalam penarafan itu ialah pembinaan profil kukuh ahli akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengembangan dan pengajaran kepada masyarakat serta pengiktirafan majikan terhadap graduan di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Berdasarkan penarafan terbaharu QS World University Rankings 2013/2014, bidang pertanian dan perhutanan UPM berkongsi kedudukan 51 ke 100 dengan universiti Asia lain iaitu Tokyo University of Agriculture and Technology, Universiti Zhejiang, University Kebangsaan Taiwan, Universiti Kyushu, Universiti Korea dan Universiti Chiang Mai.

Dalam bidang pendidikan, UPM turut tersenarai di kedudukan 50 ke 100 terbaik, bersama tiga universiti Asia lain iaitu Universiti Malaya, Beijing Normal University and Peking University dan Seoul National University.

Mengulas lanjut Mohd Fauzi berkata kebelakangan ini UPM telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam aktiviti pengantarabangsaan meliputi mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan, penghargaan dalam jurnal berimpak tinggi dan penerbitan buku yang menembusi pasaran antarabangsa.

"Penarafan dan penekanan kepada kualiti penyelidikan akademik dan bilangan penerbitan dalam jurnal terkemuka dengan bilangan petikan dan indeks-H bertambah sejak kebelakangan ini.

"Dalam bidang pengajaran, kurikulum yang disemak semula memberi penekanan bukan sahaja kepada kursus utama tetapi juga kursus-kursus sampingan yang membantu dalam ketrampilan siswazah," katanya.

Tambahnya, UPM juga menggalakkan pegawai akademiknya mengkomersilkan produk berimpak tinggi seperti rumput satiri, biobaja Bacto-10, Ayam Akar Putra dan baja ajaib.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan