Bekas Pengarah UUMKL Rektor Baru Kuin - Kampus | mStar

Bekas Pengarah UUMKL Rektor Baru Kuin

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bekas Pengarah Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), Prof Datuk Mohd Yusof Kasim dilantik sebagai rektor baharu Kolej Universiti Insaniah, berkuat kuasa 16 September lepas.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pemilihan Mohd Yusof dibuat oleh jawatankuasa khas yang dianggotai pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) lain, wakil Kementerian Pendidikan, exco kerajaan Kedah dan wakil Pejabat Menteri Besar.

"Beliau datang dengan kelayakan yang tidak boleh dipertikaikan dan saya sangat gembira beliau menerima tawaran ini," katanya kepada pemberita selepas Perjumpaan dengan Warga Pendidikan Kedah, di sini, Khamis.

Menurut Mukhriz pelantikan itu mengambil masa dan dibuat dengan berhati-hati demi menjaga kepentingan semua pihak berkaitan.

"Perkara-perkara berbangkit di Kuin telah dikongsikan dengan Datuk Mohd Yusof dan saya yakin beliau akan dapat mencadangkan dan melaksanakan pelbagai pendekatan serta penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi Kuin," katanya sambil turut meluahkan kelegaan kerana Kuin kini diteraju oleh pemimpin berpengalaman luas. Sementara itu, Mohd Yusof yang juga pensyarah ekonomi dan pensyarah pelawat di Hebei Normal University, China, ketika ditemui pemberita dalam majlis sama, berkata beliau telah memulakan perbincangan dengan dekan serta staf Kuin untuk melihat hala tuju Kuin secara lebih terperinci.

"Kita tidak boleh lari daripada meningkatkan kualiti pendidikan, meningkatkan ranking mungkin daripada empat kepada lima. Dalam tempoh dua tahun mungkin akan naik taraf jadi universiti penuh. "Sebenarnya Kuin sudah ada reputasi, malah di peringkat antarabangsa dari segi pelajar dan kualiti tidak ada isu. Kuin antara universiti swasta yang ada ramai (pemegang) PhD (doktor falsafah) dan peratusan profesor dan profesor madya," katanya.

Beliau berkata selain meningkatkan mutu pendidikan, kedudukan kewangan Kuin juga perlu dilestarikan agar institusi itu dapat menjadi entiti perniagaan berdaya saing.

Sebelum pelantikannya ke Kuin, Mohd Yusof, 59, yang berasal dari Negeri Sembilan merupakan Naib Canselor Asia-Pacific University College of Technology and Innovation.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (sekarang Kementerian Pendidikan), anggota Majlis Tindakan Ekonomi Sabah dan anggota Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah, selain banyak memberi sumbangan kepada pembangunan Universiti Malaysia Sabah. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan