Kolej Taylor's Anjur 'University Placement Day'

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kolej Taylor’s menjadi tuan rumah kepada 26 institusi pengajian pra-universiti terkemuka sempena 'University Placement Day'.

Acara tahunan ini diadakan di Kolej Taylor’s Subang Jaya dan berjaya menarik lebih 1,630 pengunjung termasuk ibu bapa, pelajar lepasan sekolah dan penuntu Kolej Taylor’s untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan kursus pengajian tinggi yang ditawarkan.

Acara berkenaan dihadiri oleh wakil institusi pengajian tinggi dari negara seperti Australia, United Kingdom, New Zealand, Kanada, Singapura dan Hong Kong.

“Antara universiti yang menghantar perwakilan termasuklah University of Melbourne, Australian National University, University of Sydney di Australia, University Sheffield dan University Leeds di United Kingdom.

“Pusat penasihat pendidikan seperti Perkhidmatan Pendidikan British Malaysia (MABECS) dan Selset New Zealand Centre Sdn Bhd turut menghantar wakil untuk menjawab pertanyaan umum tentang pengajian di UK dan New Zealand,” menurut universiti berkenaan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menuruntya, 'University Placement Day Kolej Taylor’s' memberi peluang kepada lepasan SPM, penuntut pra-universiti dan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan pengajian tinggi di Taylor’s dan juga universiti luar negara.

Acara ini merupakan wadah yang bermanfaat bagi pihak berkepentingan untuk mengadakan perbincangan tentang pilihan pengajian tingi yang disediakan.

Menurut Presiden Kolej Taylor’s Lim Tou Soon, penganjuran acara tersebut dapat membantu pelajar memasuki universiti pilihan mereka.

“Tinjau selidik yang dilakukan di kalangan pengunjung menunjukkan sebahagian besar responden berminat untuk belajar di universiti di Australia, semakin ramai yang ingin melanjutkan pelajaran di UK.

“Antara kursus popular yang menerima banyak pertanyaan ialah Perdagangan/Perniagaan, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan terutamanya bidang Perubatan dan Pergigian,” katanya.

Menurut pelajar tajaan MARA, Nor Fazira Che Jantan berkata dia ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai universiti yang menawarkan kursus kejuruteraan.

“Saya ingin dapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai universiti berbeza yang menawarkan kursus pilihan saya terutamanya di Australia.

“Apa yang saya suka tentang ‘University Placement Day’ ialah kehadiran ramai wakil universiti di satu lokasi, membolehkan saya meluangkan masa untuk meninjau apa yang ditawarkan,” katanya.

'University Placement Day Kolej Taylor’s' turut menawarkan khidmat nasihat tentang universiti, serta membantu pelajar membuat pilihan terbaik berdasarkan keputusan akademik mereka.

“Antara bahan yang dilengkapi ialah borang permohonan, brosur kursus dan DVD universiti. Sesi temuramah yang diatur dengan ahli akademik daripada pelbagai universiti dijalankan sepanjang tahun.

“Pelajar yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di universiti antarabangsa boleh memanfaatkan panduan yang diberikan oleh pusat ini termasuk dari segi visa dan bantuan sebelum berlepas seperti tempahan tiket penerbangan, pihak yang menyambut mereka di lapangan terbang dan juga penginapan,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan