Profesor Daing Nasir Dilantik Semula NC UMP

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAHANG: Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk tempoh dua tahun lagi berkuat kuasa mulai 16 Mei 2013 ini.

Pertama kali beliau menerajui UMP adalah pada pada 16 Mei 2008. Pelantikan semula Prof. Dato' Dr Daing Nasir dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang berasal dari Johor Bahru merupakan lulusan PhD dari University of Dundee, UK.

Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UMP, beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memegang beberapa jawatan utama di universiti termasuk Dekan di Sekolah Pengurusan selama 10 tahun dan pernah dilantik sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Termaju USM.

Dalam menerajui UMP, Profesor Dato' Dr. Daing, 58 sentiasa menggalakkan pentadbiran berasaskan nilai, berfokuskan strategi dan mengutamakan prestasi. Beliau turut menekankan terhadap agenda memperkukuhkan asas demi menjana kecemerlangan universiti.

"Saya sangat yakin dengan perkembangan UMP dan akan terus berazam untuk terus membawa UMP ke arah kecemerlangan selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Pelan Strategik UMP 2011-2015 ″," katanya.

Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, perakaunan, korporat governan dan metedologi penyelidikan, Profesor Dato' Dr. Daing diiktiraf penerima 2010 Academy for Global Business Advancement (AGBA) Life-time Achievement Award dalam Kongres Antarabangsa AGBA kali ke-3 dan juga AGBA Fellow pada Kongres ke-9 AGBA yang diadakan di Ajman University of Science and Technology, UAE pada tahun lalu.

Beliau juga dilantik sebagai Profesor Tamu di College of Management, Hebei University China dan pernah berkhidmat sebagai Profesor Tamu di College of Industrial Management, King Fahd University of Petroleum and Mineral (KFUPM), Arab Saudi.

Penyambungan lantikan ini pastinya melonjakkan pencapaian UMP ke arah menjadi sebuah universiti teknologi yang cemerlang dan bertaraf dunia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan