UMP Meterai MoU Dengan MTDS

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysian Turkish Dialogue Society (MTDS) ke arah menjalin usaha sama dari segi pertukaran petugas dan pelajar, aktiviti pertukaran budaya serta penyelidikan bersama.

MTDS adalah sebuah organisasi penyelidikan dan penglibatan sivik yang berperanan membangun serta menyampaikan idea baharu bagi dialog dinamik, berkesan serta bermakna untuk memajukan dialog antara budaya, perpaduan masyarakat dan kewarganegaraan proaktif.

Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata MoU itu merupakan pintu masuk untuk pelajar UMP ke universiti dan institusi pengajian tinggi di Turki, khususnya mereka yang cemerlang dalam kejuruteraan serta teknologi selain pendedahan kepada budaya negara itu.

"Kami amat serius untuk memiliki serta menjadi hos kepada pelajar antarabangsa dan kami juga mengintai peluang untuk menghantar lebih ramai pelajar kita ke luar negara. Bagi saya, ini amat penting kerana pelajar kita perlu didedah ke negara lain di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu pada Khamis.

Daing Nasir dan Timbalan Naib Canselor UMP (Akademik dan Antarabangsa)Profesor Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz menandatangani bagi pihak universiti itu manakala MTDS diwakili Presidennya, Dr Alettin Duman serta Pengarah Pusat Akademik MTDS Dr Anvarjon Ahmedov.

Alettin berkata kerjasama itu akan memberi lebih peluang kepada pelajar UMP lebih memahami budaya serta melihat potensi industri di Turki.

"Ini adalah permulaan hubungan jangka panjang dan kami ingin menjadikan hubungan antara Malaysia dan Turki lebih erat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan