UKM Lakukan Pembedahan Otak Semasa Pesakit Sedar

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan dilakukan.

Ia merupakan pembedahan pertama "Awake Craniotomy" yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM, menurut portal berita UKM.

UKM berkata pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan daripada otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada, kerosakan yang dialaminya sangat kecil.

Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan. Malah pesakit perlu disedarkan untuk memberitahu doktor bedah reaksinya bagi melindungi fungsi otak pesakit.

Pembedahan ini dilakukan oleh pakar bedah neurologi, Professor Madya Dr Ramesh Kumar, dengan dibantu tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng, Dr Sanmugarajah Paramasvaran dan Dr Ainul Jaffar. Dr Esa Kamuruzaman ialah pakar bius yang bertanggungjawab bagi melalikan pesakit sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit dibuka. Pesakit disedarkan semasa pembedahan bagi membolehkan ketumbuhan dikeluarkan dengan selamat.

UKM berkata pesakit pertama yang menjalani pembedahan 'Awake Craniotomy' di UKM telah pun sembuh dan kini berada dalam keadaan sihat.

Pembedahan sebegini selalu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan yang berada di bahagian otak yang dikenali sebagai 'Eloquent Brain'.

Ini ialah bahagian yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan.

Bahagian itu mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang merupakan fungsi penting untuk kehidupan normal.

Yang menakjubkan mengenai pembedahan unik ini ialah pesakit turut mengambil bahagian semasa pembedahan dengan memberi maklum balas kepada pakar bedah. Pakar bedah akan bertindak berdasarkan maklum balas daripada pesakit.

Yang tidak mengetahuinya mungkin menganggap suatu yang menggerunkan semasa pesakit mula sedar ketika pembedahan sedang dilangsungkan dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Dr Ramesh berkata pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal.

Ini untuk menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.

Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu ialah melalui maklum balas daripada pesakit sendiri.

Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dr Ramesh berkata pesakit akan ditanya beberapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong. Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi itu tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.

Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak itu diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit, pembedahan akan dihentikan.

Walaupun terdapat teknologi MRI yang dapat mengesan, di mana lokasi ketumbuhan, tetapi ia masih belum cukup tepat.

Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.

Sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter, boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.

Dr Ramesh berkata "Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan, ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.

"Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini ialah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf," kata Dr Ramesh. Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri, jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan, ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.

Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.

Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit.

Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan, menyebabkan pesakit terjaga.

Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula, untuk menutup kembali tempurung kepala.

Oleh sebab pembedahan itu agak menggerunkan bagi pesakit, mereka diberi kaunseling yang terperinci, sebelum pembedahan dilakukan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan