Raja Nazrin Khuatir Kualiti Lulusan Undang-Undang

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta menilai semula kualiti pengajian undang-undang berikutan penurunan jumlah calon yang menerima Sijil Amalan Guaman.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah IPT tidak harus berkompromi dengan aspek kualiti dalam mengejar pencapaian kuantiti terutamanya dalam peringkat pengambilan siswa siswi di fakulti undang-undang.

Baginda bertitah terdapat jurang yang semakin ketara antara kuantiti dan kualiti graduan undang-undang, di mana sejak tahun 1994, peratus calon yang lulus berada di bawah paras 50 peratus.

"Senario ini mengundang untuk menilai kualiti tenaga pengajar, kualiti pengajaran, nisbah pengajar dengan pelajar serta kualiti pengetahuan dan kemahiran yang berjaya dibekalkan kepada graduan," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Rabu.

Raja Nazrin bertitah sejak tiga tahun kebelakangan ini, jumlah calon yang lulus terus memperlihat trend menurun iaitu 40 peratus pada tahun 2010, 45 peratus (2011) dan 41 peratus pada 2012.

Baginda bertitah pada tahun lepas, seramai 350 dari 860 calon telah lulus peperiksaan Lembaga Profesion Undang-Undang Malaysia serta memenuhi kriteria untuk dianugerahkan Sijil Amalan Guaman.

"Oleh itu, satu analisis perlu dilakukan di kalangan graduan yang gagal dalam peperiksaan Sijil Amalan Guaman untuk melihat peratusan yang gagal sama ada lebih tinggi nisbahnya dari jumlah graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tempatan atau dari luar negara," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah analisis itu juga perlu mengenal pasti dari institusi pengajian manakah di negara yang kalangan graduannya paling tinggi gagal dalam Peperiksaan Sijil Amalan Guaman.

"Ibu bapa, bakal pelajar dan penaja berhak dibekalkan maklumat-maklumat tepat akan status, prestasi dan reputasi setiap Institusi Pengajian terutama Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mengenakan yuran pengajian lebih tinggi," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah pada tahun lepas, Majlis Peguam Negara telah melakukan kaji selidik di kalangan 393 firma guaman, bertujuan untuk mendapatkan maklum balas akan sifat, kemahiran dan keupayaan yang dianggap penting ketika menyaring calon-calon sebelum diambil berkhidmat.

"Empat faktor dirumuskan sebagai faktor-faktor yang diutamakan oleh firma guaman iaitu penguasaan Bahasa Inggeris secara lisan dan tulisan, kemahiran komunikasi, pengetahuan perundangan dan komitmen kepada firma.

"Penemuan ini hendaklah dijadikan maklum balas kepada Insitusi Pengajian Tinggi tempatan yang menawarkan pengajian undang-undang demi memastikan graduan yang dihasilkannya memiliki nilai pasaran yang setanding dengan graduan lulusan institusi pengajian dari luar negara," titah baginda.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan