Baker Hughes-UTP Jalin Kerjasama Bina Pusat Pengajian Petroleum

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUSAT Pengajian Petroleum telah dibina di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak oleh salah satu pemain industri minyak dan gas dunia, Baker Hughes Sdn Bhd (Baker Hughes).

Pembukaan pusat ini adalah selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Baker Hughes dengan empat syarikat minyak dan gas terkemuka termasuk Petronas pada Ogos 2011.

Baker Hughes bersama syarikat-syarikat ini menjalinkan kerjasama bagi mempertingkatkan kecekapan tenaga kerja tempatan melalui pelbagai program pembangunan yang mempunyai keupayaan dan aktiviti pendidikan.

Di samping itu, Baker Hughes juga menyediakan biasiswa kepada empat pelajar muda UTP yang amat berbakat sebagai sebahagian daripada inisiatif mereka dalam membangunkan tenaga kerja mahir untuk masa depan industri.

"Ini hanyalah satu permulaan, kita akan melakukan banyak lagi," kata Presiden Baker Hughes Asia Pasifik, Djerfi Zvonimir ketika majlis pelancaran Pusat Pengajian Petroleum Baker Hughes-UTP dan Majlis Penganugerahan Biasiswa Baker Hughes di Tronoh Perak pada 1 Februari lalu.

Pelajar, Kishen Nanda Kumar, Norshazliana Zainal Abidin, Christine Chng Wei Mann dan Sum Yin Yan masing-masing menerima biasiswa sehingga RM130,000 yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UTP Datuk Dr Abdul Rahim diiringi Naib Presiden Baker Hughes Asia Tenggara Ng Say Heng.

Djerfi berkata Baker Hughes menubuhkan kemudahan pembelajaran untuk menggalakkan pelajar berfikir tentang idea-idea mereka dan mempelajari perkara-perkara inovasi yang boleh dibangunkan dalam produk dan teknologi.

Pusat pendidikan ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Eksekutif Eksplorasi dan Pengeluaran (E & P) Petronas Datuk Wee Yiaw Hin.

Turut hadir Pengerusi Institut Teknologi Petronas Sdn Bhd Juniwati Hussin.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan