UiTM Jalin Kerjasama Dengan Pakar Luar Negara Atasi Masalah Banjir

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia.

Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata pakar-pakar itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang air, banjir dan persekitaran.

"Kajian ini akan diketuai oleh saya dan dibantu seramai 20 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM selain mendapat kerjasama 25 orang lagi penyelidik bertauliah dari lima pusat pengajian luar negara termasuk Indian Institute Of Technology (IIT) Roorkee, India dan Colorado State University, Amerika Syarikat " katanya kepada pemberita selepas menghadiri simposium Kawalan Banjir di sini.

Simposium itu dihadiri kira-kira 200 petugas agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta penuntut dari universiti tempatan.

Beliau berkata UiTM akan menjadi tuan rumah kepada pakar-pakar itu sebagai tempat perbincangan dan pengumpulan maklumat bagi menyiapkan kajian berkenaan.

"Pakar-pakar ini kita akan kumpulkan dalam tempoh dua kali setahun untuk kemaskini kajian yang dilaksanakan. Buat masa ini, UiTM telah pun menghantar seorang pensyarah ke Kota Tinggi, Johor untuk membuat kajian berhubung masalah banjir di sana.

"Susulan daripada itu, kami akan meneruskan kajian selanjutnya di Pahang, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh terdekat dan saya jangka keputusan kajian akan dapat diperolehi dalam tempoh dua tahun ini," katanya.

Mengulas lanjut, Sahol Hamid berkata keputusan kajian itu akan diserahkan kepada pihak JPS dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk diteliti sebelum ia diguna pakai bagi tujuan mengatasi masalah banjir di negara ini.

"Melalui kajian ini, kita akan dapat mengetahui punca sebenar berlakunya banjir dan mudahlah untuk kita mengawal tragedi itu.

"Sekiranya kajian ini berjaya, saya bercadang mahu berkongsi perkara itu bersama negara jiran seperti Thailand dan Filipina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan