Hanya Enam IPTS Dibenar Tawar Program PJJ

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya enam institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dibenar menawarkan program pengajian jarak jauh sehingga 31 Oktober lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPTS itu ialah Al-Madinah International University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Terbuka Malaysia, Asia e University dan Internatonal Centre for Education in Islamic Finance.

Katanya kurikulum kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh IPT hendaklah dibentuk supaya mencapai hasil yang dinyatakan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS termasuk dalam aspek kurikulum dan pengajian jarak jauh, kementerian sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke atas IPTS dari semasa ke semasa," katanya menjawab soalan Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara.

Dr Johari ingin tahu pemantauan kementerian terhadap program pengajian jarak jauh yang ditawarkan IPT.

Saifuddin berkata satu jawatankuasa pendidikan tinggi telah diwujudkan bagi melulus dan memantau program pengajian yang ditawarkan di IPT awam termasuk program pengajian jarak jauh.

Katanya, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Open and Distance Learning untuk membantu IPT memastikan kualiti program pengajian jarak jauh setanding dengan program yang dilaksanakan secara konvensional.

Sementara itu, Saifuddin juga berkata tahun lepas, dua IPTS dibatalkan kelulusan penubuhannya dan dua lagi dibatalkan pendaftaran di bawah Akta IPTS 1996. "Pada 2012 pula hanya sebuah IPTS dibatalkan kelulusan penubuhan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan