Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UKM Anjur Persidangan Antarabangsa Sains Sosial 12-13 Dis

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH-UKM 2012) pada 12-13 Disember ini di kampus induk univeriti itu di Bangi.

Persidangan yang bertemakan “Pengetahuan Transformasi Sosial dan Pembangunan di Abad ke-21” ini diadakan untuk menyahut cabaran hala tuju pembangunan negara dan cabaran Wawasan 2020 selaras dengan perancangan kerajaan menerusi Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermula dengan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Pelan Transformasi Negara.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, objektif persidangan ini adalah untuk mengumpul ahli akademik, ahli profesional kerajaan dan swasta serta para pelajar pasca siswazah untuk membentangkan kertas kerja persidangan dan berbincang tentang isu berkaitan sains sosial.

Persidangan ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu prosiding persidangan berindeks yang mengandungi kertas kerja dalam pelbagai sub-tema di samping tema utama yang boleh dijadikan bahan rujukan sains sosial di masa hadapan.

Ia akan dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Antara mereka yang akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu ialah Prof. Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM; Pengarah Bahagian K-ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Azizah Hamzah; Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Prof. Dr Hazita Azman dan Prof. Dr Ibrahim Ngah dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

Sebanyak 200 kertas kerja yang mencakupi aspek politik, perhubungan antarabangsa, sosiologi,antropologi media, komunikasi, bahasa, budaya, psikologi, sains dan teknologi dan lain-lain lagi akan dibentangkan di persidangan ini.

Selain peserta dari Malaysia, terdapat juga penyertaan dari luar negara seperti Indonesia, Australia dan New Zealand.

Sekretariat ICOSH-UKM 2012 boleh dihubungi menerusi e-mel di icoshukm2012@gmail.com atau layari laman web http://www.ukm.my/fsskconf/index.php/icosh/icosh2012.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan