KPT Salur Peruntukan RM182,000 Kepada UPM Untuk Penyelidikan Ikan Patin

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan peruntukan RM182,000 bagi menjalankan kajian mengenai ikan patin di Temerloh bagi tempoh dua tahun lepas.

Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata peruntukan tersebut yang diberikan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan beberapa produk yang berasaskan ikan patin.

"Antara produk yang berjaya dihasilkan adalah masakan tempoyak, asam pedas, goreng berlada dan masakan barat.

"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh dan komprehensif bagi memastikan produk ikan patin boleh memasuki negara luar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Seminar Ikan Patin Temerloh 2012, di sini pada Ahad.

Saifuddin berkata setakat ini pengeluaran ikan patin di Temerloh hanya antara 60 hingga 70 tan metrik sebulan dan ia masih belum mencukupi untuk pasaran luar.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui hasil penyelidikan UPM ini dan kerjasama erat dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta akan tingkatkan lagi pengeluaran hasil ikan patin di Temerloh. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan