UPM Berpotensi Bangunkan Pelancongan Berasaskan Pertanian & Perhutanan

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi besar membangunkan produk pelancongan berasaskan pertanian dan perhutanan khususnya agribio dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata dengan keluasan tanah lebih 1,200 hektar, Agribio UPM kini mempunyai koleksi lebih 100,000 bahan semula jadi tropika yang terpelihara, antaranya bahan herbarium, zilarium, zoologi, antropoda, biji, ikan dan artifik pertanian, selain koleksi hidup merangkumi tumbuh-tumbuhan berharga, mikrob, ternakan haiwan dan ikan air tawar.

Katanya dengan keluasan tanah yang begitu besar iaitu lebih 1,200 hektar, peluang untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan agribio begitu cerah.

"Kementerian (Pelancongan) akan membentuk satu jawatankuasa untuk bekerjasama dengan UPM dalam membangunkan produk pelancongan yang boleh menyumbang pendapatan besar kepada universiti dan negara," katanya ketika berucap merasmikan pameran 'Nature's Yield and Wonders of Arts' (Nyawa) 2012, di sini, Khamis.

Dr Ng berkata dalam menjayakan misi tersebut, UPM juga perlu melahirkan pemandu pelancongan yang berkaliber di kalangan pelajar, selain menyediakan tarikan lain seperti 'teater' dan pusat makanan. Mengenai pameran Nyawa 2012, beliau berkata UPM perlu menggunakan pelbagai saluran dan bantuan media massa untuk memastikan pameran itu menjadi satu simbol dan medan informasi berguna dalam menyampaikan hasil penyelidikan agribio kepada pelajar dan masyarakat.

Beliau juga memuji usaha UPM yang mendokumentasikan pameran Nyawa 2012 dalam bentuk penerbitan buku katalog dan boleh diakses di peringkat antarabangsa melalui 'Virtual Library Museum Pages', yang merupakan sebahagian daripada pangkalan data muzium dari seluruh dunia yang berpusat di Unesco.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata sehingga kini, 53 produk hasil penyelidikan UPM berjaya dikomersilkan dengan hasil jualan kasar mencecah RM33.2 juta.

"Selaras dengan status Universiti Penyelidikan atau RU, UPM akan terus mengorak langkah untuk menjayakan pengkomersilan hasil penyelidikan, yang pastinya dapat turut dinikmati oleh semua lapisan masyarakat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan