Larian Utara Sedekad Unimap Bakal Serlah Kerjasama IMT-GT

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Larian Utara Sedekad Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2012 pada September ini bakal menyerlahkan kerjasama rantau pertumbuhan segi tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata larian itu akan berlangsung pada 22 Sept bagi mempromosikan festival konvokesyen kali ke-7 universiti itu.

"Kami mengundang penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi yang berada dalam rantau IMT-GT iaitu Thailand dan Indonesia selain para peserta dalam negara," katanya pada pra pelancaran larian itu di kampus UniMAP Ulu Pauh dekat sini, Sabtu.

Katanya larian yang julung kali diadakan itu turut terbuka kepada masyarakat umum. Beliau menjangkakan sebanyak 5,000 peserta akan menyertai program yang mengandungi dua segmen utama itu iatu larian sejauh 10 kilometer dan jalan kaki santai sejauh tujuh kilometer.

Dr Kamarudin berkata acara itu akan bermula di kampus UniMAP Kubang Gajah dan berakhir di padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Selain mempromosikan festival konvokesyen yang akan berlangsung selama lima hari bermula 26 Sept akan datang, larian itu diadakan sempena meraikan program 'Sedekad Gemilang UniMAP.'

UniMAP yang kini berusia 10 tahun adalah institusi pengajian tinggi awam termuda di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan