AUCMC Kunjungi Lebih 100 Rumah di Bawah Program 'Klinik Care'

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Kolej Universiti Perubatan Sains Allianze (AUCMS) telah mengunjungi lebih 100 rumah di sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor di sini bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma di bawah program 'klinik care'.

Pengarah Perancangan Strategik AUCMS Lt.Kol (B) Zainudin Mustafa berkata program yang diperkenalkan beberapa bulan lepas itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar menjalani pemeriksaan kesihatan asas yang biasanya kurang menjadi keutamaan mereka.

"Pemeriksaan kesihatan itu dijalankan oleh pegawai perubatan kami dan dibantu pelajar AUCMS, mereka juga akan memberi tip-tip kepada pesakit untuk lebih cepat sembuh," katanya kepada Bernama selepas berkunjung ke lima rumah pesakit di kawasan Tasek Gelugor di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengarah Eksekutif AUCMS Datin Faridah Mohd Nazir yang menyampaikan barangan keperluan dan wang tunai sebagai pemberian zakat kepada pesakit berkenaan.

Zainudin berkata antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ialah pemeriksaan glukosa, kolestrol dan tekanan darah serta khidmat fisioterapi.

"Apa yang istimewa tentang program ini, AUCMS bukan hanya pergi sekali melawat rumah pesakit yang telah dipilih itu tetapi pasukan kami akan membuat lawatan susulan untuk melihat keadaan mereka," katanya.

Sementara itu seorang pesakit yang ditemui Kassim Saad, 50, yang mengalami gout, berkata beliau terharu kerana AUCMS sudi datang ke rumahnya dan memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk khidmat fisioterapi secara percuma.

"Saya akan cuba amalkan fisioterapi yang diajar oleh mereka kerana katanya dalam tempoh sebulan ia akan menunjukkan hasil dan saya berharap dapat berjalan seperti sediakala," katanya.

Hussain Yahya, 62, yang menghidap diabetis sehingga pergelangan tangan kanannya terpaksa dipotong, berkata beliau sukar untuk mendapatkan rawatan kerana rumahnya jauh daripada klinik kesihatan Tasek Gelugor.

"Ubat pun kadang-kadang ambik kadang-kadang tak kerana tak ada siapa nak bawa pergi klinik, nak kena naik bas baru sampai sana (klinik). Terima kasih kepada pihak AUCMS kerana mai (datang) dan nak bawa pak cik pergi klinik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan