Status Kemasukan Ke UTM Boleh Disemak Mulai Esok

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok.

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata calon boleh menyemak status permohonan dan mencetak surat tawaran itu di laman web rasmi iaitu UTM www.jpt.utm.my.

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan dan pengesahan boleh dibuat melalui laman web yang sama.

Menurut kenyataan tersebut, tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Sarjana Muda UTM ialah pada 2 Sept di Kampus UTM, Johor Baharu dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

Manakala bagi calon yang tidak berjaya pula mereka boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi dikeluarkan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my. Katanya jika tiada sebarang tawaran yang diterima daripada UTM sehingga 30 September ini, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar, UTM melalui e-mail azhara//upu.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.edu.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Status permohonan juga boleh diketahui melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan hantarkan ke 15888.

Untuk sesi kemasukan ekademik 2012/2013 kali ini, UTM turut menawarkan dua kursus pengajian baru iaitu Sarjana Kejuruteraan (Nuklear) dan Sarjana Muda Sains Seni Bina. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan