Unimas Sedia Komersialkan Kajian Saintifik Rawatan Air Kilang Sagu

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersedia untuk mengkomersialkan hasil kajian rawatan air dari kilang sagu yang mendapat anugerah CEO terbaik dalam pertandingan ECOPRENEUR 2012 di Mongolia minggu lalu.

Naib canselornya Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata melalui pengiktirafan tersebut, UNIMAS bersedia untuk bekerjasama dengan pihak industri terbabit dalam memastikan kualiti alam sekitar di Sarawak kekal bersih dan bebas daripada pencemaran. "UNIMAS sebenarnya telah banyak membuat kajian-kajian saintifik berkenaan langkah menjaga alam sekitar dan yang terbaru ialah hasil kajian rawatan air dari kilang sagu yang akan kita komersialkan untuk faedah industri sagu di Sarawak," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata selain kajian rawatan air dari kilang sagu, Unimas juga akan melanjutkan kajian tersebut ke atas kilang sawit tentang kaedah terbaik merawat air kumbahan sebelum ia dilepaskan ke persekitaran semulajadi.

Menurutnya, Unimas kini juga sedang dalam proses kajian untuk menghasilkan formula bagi mengatasi masalah tumpahan minyak di laut melalui kaedah mendapan ataupun menggunakan bakteria sebagaimana yang pernah dilakukan pada air tawar.

Pada pertandingan ECOPRENEUR 2012 Mongolia bermula 16 Jun hingga 22 Jun lalu, Unimas yang diwakili pensyarah kanannya Dr Azham Zulkharnain menungguli pertandingan itu melalui anugerah "Best CEO Award' dengan ganjaran US$100,000 melalui projek yang mengetengahkan pelan perniagaan untuk perkhidmatan rawatan air kepada kilang pemprosesan sagu.

Projek tersebut adalah kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Sumber serta Fakulti Ekonomi dan Perniagaan yang dianggotai oleh Prof Madya Dr Zainab Ngaini, Prof Madya Dr Nazlina Shaari, Nordiana Ahmad Nordin dan dua pelajar iaitu Mohd Ismail Salim dan Vanessa Lawai.

Kajian tersebut mendapat dana daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan