Tujuh Pelan Strategik UPSI

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)mula melaksanakan tujuh pelan strategik tahun ini bagi mencapai matlamat sebagai Universiti Penyelidikan Sains Sosial pada 2015, titah Canselornya Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara.

Baginda bertitah untuk mencapai matlamat itu, warga UPSI perlu berusaha dan fokus kerana hala tuju itu memerlukan komitmen yang tinggi.

"Kejayaan yang telah dicapai sewajarnya dijadikan sumber kekuatan untuk membina kejayaan yang lebih besar. Dengan semangat dan kesedaran tersebut, UPSI sedang giat melaksanakan proses transformasi berlandaskan tujuh pelan strategik selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi," titah baginda pada sesi khas Istiadat Konvokesyen ke-14 UPSI di sini, Isnin.

Titah baginda, tujuh pelan strategik itu merangkumi aspek meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan UPSI sebagai Institusi Pendidikan Guru, menggiatkan kegiatan pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian.

Bagaimanapun, titah baginda apa yang lebih penting untuk dipersiapkan adalah pemikiran untuk mempertahankan matlamat yang telah dicapai melalui keberanian melaksanakan transformasi yang tiada garis penamat.

Tuanku Zara bertitah untuk UPSI muncul dan selanjutnya kekal sebagai institusi pengajian tinggi yang dinamik, usaha melaksanakan pelbagai transformasi hendaklah terus diterokai dan dijadikan budaya di kalangan warganya.

Baginda turut menasihati para graduan supaya sentiasa berpegang kepada prinsip kebenaran untuk menegakkan keadilan berteraskan ilmu dan pengetahuan yang telah dikuasai.

Tuanku Zara kemudian berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Permata Negara.

Baginda yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah, menyifatkan anugerah itu menandakan pengiktirafan UPSI atas cetusan idea dan komitmen tinggi isteri perdana menteri dalam mempelopori program Permata Negara hingga tahap berjaya menarik perhatian dunia terhadap program serta kaedah pendidikan awal kanak-kanak.

Sesi khas itu turut dihadiri oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu pada sesi khas itu, Mohamed Khaled mengumumkan pengisytiharan pemasyhuran Tuanku Zara sebagai Canselor UPSI selama lima tahun mulai 1 Januari lepas bagi menggantikan Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun yang telah berundur pada 31 Disember 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan