UniMAP Jalin Kerjasama Dengan OCIS Dalam Bidang Penyelidikan & Akademik

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjalinkan kerjasama penyelidikan dan akademik dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah institusi bersekutu Universiti Oxford.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) itu berlangsung di Universiti Oxford dekat sini malam tadi dengan UniMAP diwakili Naib Canselor Prof Datuk Dr Kamarudin Husin manakala OCIS oleh pengarahnya Dr Farhan Nizami.

Mou tersebut merupakan kedua membabitkan kerjasama UniMAP dengan universiti di England dalam tempoh dua hari selepas Universiti Cambridge.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang menyaksikan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu, berharap kedua-dua universiti itu akan memperolehi manfaat besar melalui kerjasama itu.

Antara lain perjanjian itu membolehkan kedua-dua universiti itu meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik serta berkongsi maklumat dan dokumentasi. Di samping itu, kedua-dua pihak akan melaksanakan program pertukaran petugas serta penerbitan selama lima tahun.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Canselor UniMAP, berharap kerjasama itu akan membantu kedua-dua pihak memberi sumbangan ke arah pembangunan dan kemajuan umat Islam sejagat.

Semasa bertitah pada majlis itu, baginda juga berharap kedua-dua pihak dapat meninjau potensi dan kewajaran bagi mengkomersilkan produk Islam ke peringkat global.

Baginda berkata perjanjian itu akan turut mempromosikan teknologi dan inovasi umat Islam di samping meletakan UniMAP, OCIS dan kerajaan negeri Perlis sebagai juara penjanaan bakat dan ketamadunan Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan