suria

941 Graduan USM Terima Ijazah Pada Majlis Konvokesyen ke-45

Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman berkata daripada jumlah itu 10 graduan mencipta sejarah apabila menjadi graduan sulung kepada program baru di peringkat ijazah tinggi iaitu Sarjana Kaunseling (7), Sarjana Sains Kemasyarakatan (1) dan Sarjana Sains (2).

"Pada upacara konvokesyen kali ini sejumlah 941 graduan dengan pecahan dua penerima Ijazah Kehormat dan Profesor Emeritus, 710 penerima ijazah tinggi (PhD dan Sarjana) dan 229 bagi ijazah sarjana muda," katanya pada sidang media khas upacara konvokesyen USM ke-45 di sini, Jumaat.

Beliau berkata pakar Kristalografi USM Prof Fun Hoong Kun dan pelopor ulung pendidikan jarak jauh, Tan Sri Prof Emeritus Gajaraj Dhanarajan, masing-masing akan menerima anugerah Profesor Emeritus dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan.

Omar berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM dijangka berangkat pada istiadat konvokesyen itu. -BERNAMA

Artikel Lain