UTM Buka Peluang Guru Jalani Program PhD Di Makmal Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membuka peluang kepada 100 orang guru untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) tanpa perlu hadir ke universiti tersebut.

Naib Canselor Prof Datuk Dr. Zaini Ujang berkata perkara itu akan direalisasikan menerusi program khas yang membolehkan guru terbabit menjalankan penyelidikan mereka di makmal sekolah terpilih.

"Buat masa ini kita telah memilih beberapa sekolah di sekitar Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur yang kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

UTM memperuntukkan RM80 juta bagi program yang akan bermula September nanti dan sekolah terpilih akan diberikan peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf makmal mereka.

Zaini berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik usaha tersebut yang dilihat mampu memberi peluang kepada para guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Terdahulu, Zaini mewakili UTM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Zoal Azha Yusof bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelbagai bidang.

Majlis disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli), Datuk Dr. Mohd Ali Mohamad Nor; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM, Prof. Dr. Alias Ujang.

Mengenai MoU itu, Zaini berkata kerjasama tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan sumber asli dan alam sekitar negara.

"Kita percaya dengan kerjasama rapat dengan pihak kementerian ia mampu membuahkan hasil memberansangkan selain ia menjadi inisiatif paling tepat untuk menggerakkan UTM menjadi universiti bertaraf dunia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Rabu, 19 November 2014 12:15 AM

Izreen Azminda Mahu Padam Kenangan Lalu

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan