K'jaan Jepun Tawar Biasiswa

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (Jagam) menawarkan biasiswa untuk kursus sarjana atau PhD bagi enrolmen April 2013. Presiden Jagam, Phua Lee Kerk berkata rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun pada 1 April, 2013 dan pemegang ijazah dengan pendidikan formal selama 16 tahun atau mahasiswa tahun akhir di universiti masing-masing layak memohon.

Pemohon hendaklah mempastikan borang yang telah dipenuhi diserahkan sebelum 4 petang 30 Mac dan borang permohonan boleh dimuat turun dari www.jagam.org.my, kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Isnin. Sepanjang tempoh biasiswa, penerima akan diberikan elaun bulanan kira-kira 143,000 yen sementara yuran dan tuisyen di universiti akan dikecualikan dan tiket pergi balik akan juga disediakan.

"Kami bangga dapat melaksanakan program ini dan dengan ikhlas menghargai komitmen Kerajaan Jepun terhadap pendidikan rakyat Malaysia," katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di 03-78774312 atau e-mel ke jagamkl

iklan

Video

Khamis, 11 Februari 2016 12:32 AM

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara

Rabu, 10 Februari 2016 2:48 PM

Bangkai Paus 4 Tan Berjaya Ditunda

Isnin, 8 Februari 2016 8:56 AM

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA

Ahad, 7 Februari 2016 10:27 AM

Stadium Bola Sepak Moden Pertama Di Malaysia

Kolumnis

iklan

Iklan