UMT Perlu RM100 Juta Bangunkan Kampus Di Bukit Kor - Kampus | mStar

UMT Perlu RM100 Juta Bangunkan Kampus Di Bukit Kor

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memerlukan dana RM100 juta untuk membangunkan kampus cawangan UMT di Bukit Kor, Marang.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata kerajaan negeri Terengganu meluluskan kawasan seluas 240 hektar kepada UMT untuk membina kampus cawangan di situ.

Beliau berkata kampus di Bukit Kor itu khusus untuk kajian berbentuk pertanian dan sekaligus dijangka akan menarik perhatian industri untuk menjalankan penyelidikan di situ.

Aziz berkata UMT akan menyesuaikan bentuk kurikulum supaya pelajar-pelajar agroteknologi dapat menjalani latihan praktikal, memulakan projek dan sebagainya yang ada kaitan langsung dengan industri.

Beliau berkata oleh kerana pelajar-pelajar UMT sekarang ini tinggal di asrama UMT Gong Badak, besar kemungkinan asrama pelajar akan dibina di kampus Bukit Kor untuk kemudahan pelajar-pelajar.

"Tidak payah mereka berulang alik daripada Gong Badak ke Bukit Kor," katanya.

Aziz yakin penglibatan industri dengan UMT akan lebih meriah lagi apabila kampus di Bukit Kor itu siap kelak. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan