Pusat Kesihatan UMT Perbanyakkan Program Untuk Warga Universiti - Kampus | mStar

Pusat Kesihatan UMT Perbanyakkan Program Untuk Warga Universiti

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan lebih banyak ceramah kesihatan untuk pelajar dan kakitangan universiti itu sepanjang tahun ini dalam usaha meningkatkan lagi kefahaman mengenai penjagaan kesihatan.

Pengarahnya, Dr Arnie A Rahim berkata pihaknya kini sedang merangka pelbagai program dengan kerjasama kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk meningkatkan taraf kesihatan warga universiti itu secara percuma.

"Program ini diharap dapat mendidik warga universiti supaya lebih prihatin terhadap aspek kesihatan diri, seterusnya menyebarkan maklumat berkaitan kepada masyarakat luar," katanya ketika merasmikan Ceramah Garam dan Gula Dalam Kehidupan di universiti itu di sini.

Selain ceramah, pusat kesihatan di universiti itu turut aktif menjalankan pelbagai aktiviti lain antaranya program derma darah dan program saringan kesihatan yang dilakukan secara berkala. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan