UM-Balai Seni Visual Meterai Perjanjian

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) pada Jumaat memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dalam usaha meningkatkan kualiti graduan visualnya.

Menerusi perkongsian pintar selama lima tahun itu, UM dan BSVN akan bekerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan untuk membangun dan menyemarakkan seni visual tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Diharapkan kolaborasi ini dapat merealisasikan hasrta UM untuk menjadi gedung ilmu terkemuka dalam bidang seni visual, kata Naib Cancelornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon ketika berucap pada majlis menandatangani MoU itu di sini.

MoU itu ditandatangani Ghauth yang mewakili UM manakala BSVN pula diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Ghauth berkata, 60 peratus pelajar yang mengikuti kursus seni visual di UM adalah dari luar negara.

"Malah saya difahamkan lebih 100 pelajar sedang mengikuti kursus seni visual di peringkat ijazah sarjana manakala berpuluh-puluh lagi di peringkat doktor falsafah dan jumlah ini dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa," kata Ghauth.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual BSVN Datuk Mohd Rozali Isohak berkata bidang ini perlu diberi penekanan dalam membentuk masyarakat yang cintakan nilai keindahan serta tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi aset pembangunan negara.

"BSVN akan terus berusaha memartabatkan seni visual dengan lebih komprehensif terutamanya kepada generasi muda serta mengiktiraf karya pelukis sehingga ke peringkat antarabangsa sejajar dengan pewartaan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan