UUM Dipilih Ibu Pejabat Pusat Pengajian Pengurusan Asia Kumpulan Tan Chong

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Tan Chong Group (TCG) memilih Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ibu pejabat bagi pusat akademiknya, Pusat Pengajian Pengurusan Asia Tan Chong.

Kerjasama akademik antara UUM dan TCG, menerusi anak syarikatnya Tan Chong Education Services Sdn Bhd, membolehkan kumpulan itu menggilap bakat siswazah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang semakin berkembang dalam tiga entiti yang disenaraikan Tan Chong Motor Holdings Berhad, APM Holdings (M) Bhd dan Warisan TC Holdings Bhd sambil menyediakan peluang pekerjaan yang sangat diperlukan kepada siswazah Malaysia.

Pengurus Besar TCG, Dr Paul Leow berkata pusat itu akan memenuhi keperluan yang semakin berkembang di pihak UUM dan TCG, disusuli masyarakat umum, dengan menjadi saluran kepada pelbagai program seperti bengkel, seminar, perantisan, pengurusan bakat dan pemindahan ilmu.

Beliau berkata, siswazah UUM akan berpeluang mengikuti interaksi pertama yang sewajarnya, seterusnya melibatkan diri dengan TCG, bermula dengan projek penyelidikan, perantisan dan program pengurusan pelatih.

"Perkongsian ini kena pada masanya dan sejajar dengan keperluan Malaysia serta matlamat Kementerian Pengajian Tinggi yang menggalakkan kerjasama lebih akrab antara industri dan tokoh akademik," katanya selepas perasmian pusat berkenaan di UUM, di sini, Rabu.

Beliau berkata, selain UUM, pusat itu mempunyai tiga lagi cawangan masing-masing di Taiwan, Beijing dan Surabaya, di Indonesia.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, perasmian pusat itu menandakan satu kemajuan sejak pemeteraian memorandum serta perjanjian pada September tahun lepas antara UUM dan Tan Chong Education Services Sdn Bhd.

"Kerjasama ini merupakan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua pihak dan ia berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia hab pendidikan di rantau ini," katanya.

Beliau berkata, bersama-sama dengan pusat itu, UUM seharusnya menceburi bidang pendidikan lain yang relevan dan amat penting kepada pengamal serta industri yang berkaitan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan