Kem. Pertahanan Biaya 10 Mahasiswa Univ. Pertahanan Untuk Program Pertukaran Pelajar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menawarkan pembiayaan kepada 10 mahasiswa terbaik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk mengikuti program pertukaran mahasiswa di Universiti Pertahanan Nasional Indonesia (UPNI) tahun depan.

Ia dalam usaha memberikan pendedahan meluas tentang pendidikan tentera kepada mereka yang terpilih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UPNM akan memilih 10 mahasiswa berkenaan melalui peperiksaan akhir semester yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

Beliau berkata, program itu adalah sebahagian daripada insentif kepada mahasiswa cemerlang UPNM supaya mereka sentiasa mempunyai daya saing, semangat motivasi tinggi di samping tekun belajar dan aktif dalam bidang sahsiah.

"Saya mahu mahasiswa UPNM sentiasa mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang selain akademik dan ketenteraan," katanya ketika berucap pada majlis Menteri Mentor di universiti berkenaan semalam.

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa mahasiswa yang diterima belajar di situ adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Menurutnya, setiap tahun UPNM menerima kira-kira 3,000 permohonan tetapi hanya 300 pelajar sahaja dipilih untuk menyambung pelajaran di institusi berkenaan.

Menteri itu berkata, setiap pelajar menerima elaun bulanan sebanyak RM1,500.

Namun, ada segelintir mahasiswa yang meninggalkan UPNM sebelum tamat pengajian kerana dikatakan tidak mampu mematuhi peraturan dan disiplin ditetapkan, termasuk memakai pakaian seragam ketika menjalani kursus di situ.

Ahmad Zahid menegaskan, setiap pelajar UPNM mesti mempunyai daya tahan yang tinggi di samping bersemangat dan berdisiplin jika mahu berjaya dalam bidang pendidikan ketenteraan, sekaligus menjadi pemimpin terbaik suatu masa nanti.

Beliau berkata, dalam arus globalisasi masa kini, pegawai tentera mungkin boleh menjadi pegawai tinggi kerajaan, menteri bahkan perdana menteri seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan