AUKU: K'jaan Ada Tempoh Sebulan Untuk Buat Rayuan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Masih ada tempoh sebulan untuk kerajaan membuat keputusan sama ada akan mengemukakan rayuan berhubung kes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ataupun tidak, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, masih ada masa lagi untuk kementerian menentukan tindakan selanjutnya dan pihak berkepentingan tidak perlu bimbang kerana keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan.

"Jangan risau, keputusan mengenai perkara itu akan tetap dibuat, kemungkinan hujung bulan ini kita akan maklumkan," katanya kepada pemberita selepas menutup seminar Sains Kesihatan dan melancarkan buku Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian di sini, Khamis.

AUKU menjadi isu apabila Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, bidang Sains Kesihatan boleh diperkasakan lagi oleh universiti menerusi penerokaan disiplin baharu seperti 'Palliative Care' (Penjagaan Paliatif) dan 'Medical Technology Divices' (Peralatan Teknologi Perubatan).

"Ia boleh dikembangkan melalui jalinan kerjasama antara institusi tempatan dan luar negara seperti Ireland yang lebih dikenal pasti sebagai negara yang lebih maju ke hadapan dalam disiplin tersebut," katanya.

Selain itu, beliau berkata penawaran program Sains Kesihatan perlu dipertingkatkan dan berkualiti kerana bidang itu mampu menarik minat lebih ramai pelajar luar negara melanjutkan pengajian di negara ini.

Pada majlis sama, lima lagi buku kajian hala tuju pendidikan dilancarkan iaitu berkaitan pendidikan Sains Bioperubatan, Sains dan Teknologi Pemakanan, Pendidikan dan Latihan Sains Marin dan Maritim, Kaunseling dan Senibina.

Diharapkan penghasilan kajian hala tuju itu akan dapat mendorong kepada penghasilan lebih banyak kajian lain yang berkaitan dengan program ditawarkan di universiti, katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan