UniMAP Raih Tiga Emas, Satu Perak Pada Pameran Inovasi Di Jerman

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memenangi tiga pingat emas dan satu perak menerusi produk ciptaan penyelidiknya pada 'International Fair Ideas-Inventions-New Product' (IENA) 2011, di Nuremberg, Jerman.

UniMAP dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad, berkata pingat emas diperolehi menerusi produk 'Sensor System for Honey Quality Assesement' ciptaan Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff, 'PerfectFruits' iaitu sejenis sistem penggredan buah-buahan oleh Ammar Zakaria, dan 'E-K9' atau 'Electronic Hound for Hazardous Chemical Detection' oleh Abu Hassan Abdullah.

Pingat perak diperolehi menerusi produk 'Hybrid Water Quality Monitoring System' yang dicipta Prof Madya Abdul Hamid Adom.

Menurut laporan itu Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kejayaan UniMAP itu adalah lebih baik berbanding tahun lalu yang menyaksikan universiti tersebut menerima dua emas.

"Dengan bilangan penyertaan yang tinggi serta proses penghakiman yang ketat, kejayaan meraih tiga pingat emas dan satu perak ini sememangnya amat bermakna buat UniMAP yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan status Universiti Penyelidikan (RU)," katanya.

IENA 2011 berlangsung dari 27 Okt lepas sehingga hari ini dan disertai 30 negara dengan 750 produk.

Antara negara terbabit ialah Taiwan, Rusia, Korea, Iran, Angola, China, Amerika Syarikat, Sepanyol, Syria, Austria, Arab Saudi dan Bosnia-Herzegovina. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan