Raja Muda Perlis Mahu Warga UniMAP Berani Cabar Status Quo

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) supaya berani mencabar status quo dalam usaha memperkasakan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Canselor UniMAP, bertitah mereka seharusnya berani mengambil risiko dan tidak takut dengan kesilapan malah menjadikan kesilapan sebagai antara cabaran besar untuk membaiki keadaan.

Bertitah merasmikan pra-pelancaran 'Sedekad UniMAP' di atas kapal pelancongan Superstar Libra di perairan Pulau Pinang malam tadi, baginda berharap warga universiti itu sentiasa berfikiran terbuka dan positif serta kompeten dalam bidang masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin mahu UniMAP yang bakal memasuki usia sedekad tahun depan mewujudkan tiga program baru iaitu teknologi sukan, marin dan eksotik bagi melebarkan saiz programnya.

Raja Muda Perlis bertitah langkah itu sejajar dengan aspirasi kerajaan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk membangunkan pendidikan tinggi negara. Sebelum itu, ketibaan baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di atas kapal mewah yang boleh membawa lebih 1,500 penumpang itu disambut Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain.

Sepanjang pelayaran, baginda dan Raja Puan Muda turut menyertai para dekan dan timbalan dekan UniMAP dalam program percambahan minda ke arah memperkasakan universiti itu bermula malam tadi sehingga awal pada Khamis. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan