UiTM Juara Piala Perdana Menteri

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara kategori Bahasa Inggeris Debat Piala Perdana Menteri antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Selasa. UiTM, selaku pencadang, menewaskan UIAM dalam debat peringkat akhir yang membahaskan "Pemberian subsidi kepada semua pelajar sekolah dari semua sekolah kebangsaan dan swasta".

UiTM, yang diwakili Mohd Syafiq Ahmed Bazari, Maizura Mokhsein dan Mohd Aerie Rashmond Rahman, membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.

Debat bertemakan 'Generasi Muda Untuk Transformasi' turut menyaksikan Mohd Syafiq Ahmed Bazari dari UiTM dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dan Pendebat Terbaik Keseluruhan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 serta piala individu.

UIAM, yang diwakili Senad Hadrovic, Arinah Najwa Ahmad Said dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pula membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Sebanyak 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan kali pertama itu anjuran MyHarapan, sebuah yayasan amanah belia, dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM dan dinaungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan