Tuanku Mizan Mahu UiTM Teruskan Peranan Ubah Nasib Bumiputera

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memainkan peranan penting dalam mengubah nasib anak bangsa. Seri Paduka bertitah peranan dan nama baik UiTM perlu diperkukuhkan supaya kedudukan universiti itu terus terpelihara dalam apa jua keadaan.

"Teruskan usaha meningkatkan kualiti program agar modal insan UiTM terus berdaya saing, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai pewaris dan penerus bangsa di bumi bertuah ini," titah Tuanku Mizan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-75 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) sini, Khamis.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan turut bertitah agar semua graduan dapat menjadi warganegara yang berguna, berjasa kepada agama, bangsa dan negara serta memanfaatkan ilmu yang telah diperoleh sebaik-baiknya.

Seri Paduka turut bertitah supaya semua graduan tidak menjadikan majlis konvokesyen pada hari ini sebagai titik akhir dalam pencarian ilmu sebaliknya meneruskan usaha dalam menuntut ilmu dan berpegang teguh terhadap falsafah mencari ilmu sepanjang hayat.

Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa bangga kerana UiTM hari ini mengukir sejarah apabila kumpulan pertama seramai 27 orang graduan Fakulti Pergigian menamatkan pengajian dan menerima ijazah masing-masing.

"Tahniah dan syabas beta ucapkan. Dengan itu lengkaplah penawaran program UiTM melalui 25 buah fakulti.

"Sesungguhnya orang-orang Melayu atau Bumiputera boleh terus menikmati pengajian yang berkualiti di UiTM yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dari dalam dan luar negara," titah Seri Paduka.

Istiadat konvokesyen kali ini merupakan kali terakhir dihadiri Tuanku Mizan sebagai Canselor selama lima tahun.

Tuanku Mizan turut mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Atta-ur-Rahman, saintis Islam tersohor dunia dari Pakistan yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains pada majlis itu.

Istiadat konvokesyen kali ini berlangsung dalam 16 sidang di kampus Induk Shah Alam, empat sidang masing-masing di kampus cawangan Perlis dan Terengganu, tiga sidang di Sarawak dan dua sidang di Perak membabitkan 22,774 orang graduan.

Istiadat itu bermula hari ini sehingga 31 Oktober.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan