4,052 Graduan Terima Diploma & Ijazah Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA Ke-28

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 4,052 graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bakal menerima penganugerahan peringkat diploma dan ijazah pada majlis konvokesyen ke-28 yang berlangsung pada 15 dan 16 Oktober ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

Sidang pertama majlis tersebut pada Sabtu bakal disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal, manakala sidang Ahad pula bakal dirasmikan Timbalan KKLW Datuk Hassan Malek.

Tetamu kehormat lain yang dijangka hadir termasuk Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad, Pengerusi KPTM Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden KPTM Datuk Yusoff Harun.

KPTM yang memiliki sembilan buah kampus adalah institusi pengajian tinggi milik penuh MARA.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan