Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Untuk Genggam Ijazah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cacat kedua-dua penglihatan yang dialami sejak kecil bukan penghalang bagi Norzirah Othman, 25, meneruskan pengajian sehingga menggenggam segulung ijazah hari ini. Berbekalkan semangat tidak berputus asa dan menganggap kehidupan sebagai satu perjuangan, beliau akhirnya berjaya mengharungi tempoh tiga tahun pengajian dalam bidang Pengajian Media di Universiti Malaya (UM).

"Saya berasa amat gembira kerana hari ini merupakan suatu kemenangan yang amat berharga dalam diri saya. Segala usaha dan penat jerih saya akhirnya membuahkan hasil," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UM 2011, di sini Jumaat.

Beliau merupakan seorang daripada 834 orang graduan yang dianugerahkan ijazah dan diploma pada sidang kelapan istiadat tersebut yang disempurnakan oleh Pro Canselor UM Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Norzirah yang berasal dari Arau, Perlis, berkata ibu bapanya merupakan pendorong paling istimewa dalam apa yang dikecapinya hari ini kerana mereka memberi semangat dan sokongan kepadanya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Susah payah ibu dan bapa saya yang bekerja sebagai penoreh getah selama ini harus dibalas, walaupun saya tidak sempurna penglihatan seperti orang lain, namun ianya bukan penghalang untuk saya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka," katanya.

Norzirah yang bercita-cita menjadi seorang wartawan berkata walaupun cita-citanya itu mungkin tidak akan kesampaian namun beliau tetap akan meneruskan minatnya dalam bidang kewartawanan sebagai seorang penulis.

Sementara itu, usia bukan penghalang bagi Mohd Tahir Ahmad, yang berusia 74 tahun untuk dianugerahkan ijazah sarjana muda Jurisprudens.

Beliau yang telah lama menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian akhirnya berjaya menggenggam ijazah pertamanya itu setelah berhempas pulas hampir tujuh tahun mengikuti pengajian jarak jauh.

"Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang pengajian ini terutamanya untuk mengingat akta-akta undang-undang kerana faktor umur saya. Namun, berkat sokongan padu isteri dan anak-anak, akhirnya saya berjaya juga mencapai cita-cita yang sudah sekian lama ini," katanya ketika ditemui pemberita di majlis yang sama.

Pada majlis hari ini, Siti Norma menyampaikan ijazah sarjana muda kepada 666 graduan antaranya daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti Undang-undang dan Pusat Kebudayaan serta 167 graduan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan.

Seramai 6,638 graduan menerima ijazah dan diploma pada konvokesyen tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan