suria

UMT Mohon 12 Hektar Tanah Bina Pelabuhan Pengajaran

KUALA TERENGGANU: Universsiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memohon daripada kerajaan negeri kawasan seluas kira-kira 12 hektar untuk membina sebuah pelabuhan pengajaran bagi program-programnya.

Naib Censelornya Datuk Dr Aziz Deraman berkata tapak pelabuhan itu hendaklah terletak di sekitar Pulau Duyong atau seberang Takir kerana kapal-kapal UMT tidak boleh masuk jauh ke dalam muara sungai Terengganu.

Beliau berkata pelabuhan itu nanti bukan sahaja akan memberi manfaat kepada UMT tetapi juga kepada kerajaan negeri dan penduduk negeri itu.

"Insya-Allah kita akan sampaikan cadangan kita ini kepada kerajaan negeri sebelum akhir tahun ini," katanya kepada pemberita disini, Sabtu.

Selain itu, Aziz berkata UMT bercadang untuk mewujudkan satu kawasan industri hiliran untuk pelajar-pelajar UMT dalam kawasan pelabuhan pengajaran itu.

Beliau berkata tidak secara langsung langkah itu akan membantu meningkatkan aspek-aspek keusahawanan di kalangan rakyat tempatan.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata UMT merancang untuk menubuhkan sebuah muzium yang berkaitan dengan samudera dalam Rancangan Kalaysia Ke-10 (RMK-10) di pelabuhan pengajaran itu.

Aziz berkata muzium itu boleh menjadi satu sumber produk pelancongan bagi negeri Terengganu pada masa akan datang. -BERNAMA

Artikel Lain