Kampus Cawangan UMS Di Keningau Akan Diwujudkan - Musa

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diwujudkan di Keningau, bahagian pedalaman Sabah, tidak lama lagi, sekali gus memberi kemudahan kepada pelajar luar bandar yang ingin meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading.

Sambil menyambut baik penubuhan kampus cawangan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan Sabah bersedia meluluskan permohonan UMS untuk mendapatkan kawasan tanah seluas 12 hektar di Kampung Apin-Apin, Keningau yang sudah dikenal pasti untuk tujuan itu.

"Selain kampus induk UMS di Kota Kinabalu yang tersergam indah, UMS juga ada cabang di Labuan dan Sandakan yang sekarang ini hampir siap, dan InsyaAllah kampus cawangan Keningau akan mula dibangunkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji siswa siswi baharu UMS di sini, Jumaat.

Ketika diminta oleh Ketua Menteri untuk memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon berkata projek pembinaan kampus cawangan UMS Keningau itu dijangka dimulakan penghujung tahun ini.

Katanya untuk permulaan, kampus cawangan Keningau hanya menawarkan program asasi sains.

"Masalah kita sekarang ialah kekurangan pelajar bidang sains..kebanyakannya pelajar sastera. Bidang sains masih belum capai hasrat dan dasar semasa kerajaan (iaitu nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan).

"Keningau satu kawasan yang tidak jauh dari Kota Kinabalu dan kita mahu kampus cawangan Keningau ini bukan sahaja menjadi pusat asasi sains tetapi juga pusat penyelidikan pertanian termasuk pemeliharaan kerbau dan kambing," katanya.

Kamaruzaman berkata UMS bercadang menjadikan Keningau sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian memandangkan kawasannya yang luas untuk aktiviti pertanian.

Terdahulu, dalam ucapannya, Musa berkata kerajaan negeri akan terus komited untuk memajukan dan meningkatkan tahap pendidikan tinggi di Sabah.

Katanya ini termasuk pembinaan infrastruktur moden dan canggih seperti Hab Pendidikan Sandakan yang menempatkan pelbagai IPT awam dan swasta termasuk Sekolah Pertanian Lestari UMS.

Musa turut meminta siswa siswi baru supaya mengukuhkan jati diri, mematuhi segala peraturan kampus dan mendahulukan tanggungjawab sebagai pelajar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan