Jurang Gender Di Universiti: K'jaan Rangka Cara Tarik Minat Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka program untuk menarik lebih ramai lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang penuntut lelaki dan perempuan yang kini pada nisbah 30:70.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program yang diusahakan dengan kerjasama beberapa universiti tempatan itu akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pendaftaran di beberapa universiti pada sesi akademik kali ini menunjukkan perbezaan ketara jumlah penuntut lelaki dan perempuan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya nisbah ialah 30:70, manakala di Universiti Putra Malaysia pula 33:67.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, Mohamed Khaled menyifatkan jurang besar itu berpunca daripada pelajar lelaki lebih menggemari bidang vokasional berbanding akademik.

Beliau juga berkata, situasi itu bagaimanapun bukan suatu yang membimbangkan.

"Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi seperti yang saya katakan perkara ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian oleh semua pihak," katanya yang ditemui selepas melancarkan buku 'Historical Fact and Fiction' karya ahli falsafah tanah air Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya juga sedang merangka program bagi menarik minat pelajar terhadap pelajaran sains dan matematik yang dijangka dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

"Ini dalam bentuk program yang boleh menarik minat pelajar, bukan dalam bentuk kursus, jadi ianya akan jadi lain daripada apa yang diajar guru," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan