suria

UTM, Seagate Meterai MoU Dalam Penyelidikan

JOHOR BAHARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Rabu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Seagate International (J) Sdn Bhd bagi kerjasama di dalam aktiviti pendidikan dan penyelidikan.

Kerjasama itu mencakupi bidang mekanik bendalir, peranti dan bahan serta kejuruteraan industri dan teknologi.

Memorandum itu ditandatangani oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Prof Roslan Abd Rahman dan Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Seagate, Dr Mark Re.

"Objektif kerjasama ini untuk meningkatkan keupayaan pasukan teknikal dan akademik menerusi perkongsian pengetahuan, kemahiran dan peralatan.

"Dengan menjalankan projek kejuruteraan dan R&D di Seagate, ahli akademik berpeluang mendapat pengalaman dan pada masa yang sama lebih faham mengenai keperluan industri," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Prof Roslan pula berkata menerusi MoU itu, seramai lima pelajar kedoktoran akan menjalani pengajian di UTM dan penyelidikan serta latihan di Seagate.

Menurut beliau, langkah itu akan mengukuhkan lagi prestasi akademik, penyelidikan dan pengajaran UTM selaras dengan hasratnya untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain