UMS Tawar 4,900 Tempat Untuk Penuntut Baru

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS)menawarkan sebanyak 4,900 tempat kepada penuntut baru yang akan melaporkan diri Rabu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon berkata, setiap tahun UMS menerima peningkatan jumlah penuntut yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan kursus yang ditawarkan.

"Kalau mengikut rekod lalu, kita tawarkan 5,000 tempat dan yang datang lebih kurang 4,900 orang. Ada juga rayuan yang kita akan terima selepas pendaftaran nanti kerana ada yang tidak dapat datang pada masa pendaftaran.

"Kita tunggu dua hingga tiga minggu kerana kadang-kadang tawaran itu lambat sampai kerana jauh terutama di kawasan pedalaman," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web UMS di kampus induk universiti itu di sini, Selasa.

Kamaruzaman berkata, kebanyakan pelajar baru datang dari Semenanjung iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar manakala 35 peratus lagi adalah dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak.

"Kebanyakan pelajar Sabah memilih universiti lain seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di semenanjung.

"Ini bagus (daripada sudut integrasi nasional) kerana kita tidak mahu semua datang sini, dan pelajar baru semuanya tinggal di asrama," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Kamaruzaman berkata UMS berhasrat menjadikan laman web universiti itu sebagai antara sepuluh laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terbaik di Malaysia sekaligus mencapai tahap lima bintang.

Katanya laman web universiti itu, yang telah melalui transformasi kali keempat sejak UMS ditubuhkan, kini memaparkan laman rasmi facebook.

Beliau berkata UMS juga akan memperkenalkan laman rasmi facebook universiti dalam laman web UMS sebagai ruangan untuk berkongsi pendapat dan membuka minda seluruh masyarakat yang pastinya juga akan membawa kepada kemajuan universiti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan