UniMAP Rai 35 Pasangan Pengantin

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sebanyak 35 pasangan pengantin termasuk sepasang pengantin berketurunan India diraikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada majlis khas yang berlangsung di Dewan 2020 di sini malam Rabu.

Mereka terdiri daripada kakitangan UniMAP yang berkahwin sepanjang 2010 sehingga kini termasuk yang berkahwin dengan rakan sekerja.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis meraikan pasangan-pasangan itu yang disandingkan di pelamin khas secara beramai-ramai.

Ketika bertitah di majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP berharap pasangan pengantin baru dan lama itu bijak mengurus serta mentadbir rumah tangga supaya mereka kekal hidup bersama dan bahagia sepanjang hayat.

Titah baginda kegagalan mengendalikan rumah tangga akan menyebabkan kebahagiaan yang dibina lebih rapuh dan mudah berlaku perceraian.

"Jadikanlah perpisahan itu sebagai jalan keluar yang terakhir setelah semua saluran telah digunakan untuk menyelesaikan apa jua persoalan," titah baginda.

Raja Muda bertitah rumah tangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui semangat toleransi yang tinggi, hormat menghormati, kerjasama yang kukuh serta saling memahami tentang hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.

Titah baginda perkahwinan yang diikat melalui akad nikah yang sempurna bertujuan membentuk peribadi mulia dan mengajak pasangan supaya berkongsi apa saja demi mewujudkan kerukunan dan keserasian hidup ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia.

"Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik dan seterusnya membentuk sebuah negara yang maju dan progresif," titah baginda lagi.

Pada majlis itu, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut merenjis air mawar kepada kesemua pengantin itu.

Turut hadir ke majlis itu ialah Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Naib Canselor Universiti Malaysia Trengganu (UMT) Prof Dr Aziz Deraman. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan