UPNM Tandatangan MoU Dengan Tujuh Syarikat Jalin Kerjasama R&D

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada Rabu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh syarikat tempatan untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang ketenteraan.

Tujuh syarikat itu ialah Global Marine Technologies Sdn Bhd, SMA Malaysia Sdn Bhd, M-POL Precision Products Sdn Bhd, SME Ordnance Sdn Bhd, Kaymarine Sdn Bhd, CAE Flight & Simulator Services Sdn Bhd dan Genesis Health Solutions Sdn Bhd.

Naib Canselor UPNM Leftenan-Jeneral Datuk Wira Allatif Mohd Noor berkata keperluan R&D serta inovasi semakin meningkat terutama dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Sejajar dengan itu, katanya UPNM mengambil inisiatif untuk menjalin dan memperkukuh hubungan kerjasama dengan firma-firma korporat yang menawarkan variasi produk, perkhidmatan dan teknologi ketenteraan bagi melaksanakan projek-projek R&D.

"Ini merangkumi teknologi IMA-STDS yang merangkumi sistem pesawat kecil tanpa pemandu, teknologi simulasi dan pemodelan, pembangunan berasaskan sumber getah dan bukan getah, teknologi pembinaan kapal, pembuatan peluru dan bahan letupan serta pembanguan profesionalisme pegawai angkatan tentera melalui program sokongan logistik bersepadu (ILS).

"Perjanjian ini turut membolehkan membangunkan standard produk dan teknologi bersesuaian untuk pasaran tempatan dan antarabangsa sekaligus meningkatkan lagi prestasi UPNM sebagai universiti ulung melahirkan pegawai-pegawai tentera yang berkaliber," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di UPNM di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat UPNM Datuk Jesbil Singh dan wakil-wakil syarikat berkenaan.

Allatif berkata pelaksanaan projek R&D bersama firma swasta dapat mengurangkan tahap kebergantungan kepada produk, perkhidmatan dan teknologi luar negara pada masa depan.

Selain menyediakan produk dan perkhidmatan, MoU itu membolehkan UPNM dan syarikat swasta berkenaan mempaten beberapa inovasi baru hasil ciptaan penuntut UPNM untuk dikomersilkan di pasaran global.

"Menerusi kerjasama ini, syarikat-syarikat itu akan menyediakan sumber kewangan manakala UPNM menyediakan model insan dan kepakarannya bagi aktiviti R&D," katanya.

MoU UPNM dengan Global Marine Technologies Sdn Bhd antara lain bertujuan mengukuh, memaju dan membangunkan perkongsian pembelajaran berkaitan Keselamatan Maritim Negara.

MoU dengan SMA Malaysia Sdn Bhd pula antara lain bagi menyediakan perkhidmatan ILS untuk industri pertahanan negara manakala kerjasama dengan M-POL Precision Sdn Bhd bertujuan menggalak dan mempromosi kerjasama dalam R&D produk ketenteraan.

MoU dengan SME Ordance Sdn Bhd pula merangkumi kerjasama dalam R&D bom mortar untuk semua kaliber sementara kerjasama dengan Kaymarine Sdn Bhd melibatkan R&D marin.

MoU dengan CAE Flight & Simulator Service Sdn Bhd dan Genesis Health Solution Sdn Bhd pula antara lain bertujuan mempromosi medan perang tentera, bencana sivil dan simulasi kemalangan, latihan rawatan trauma mangsa dan proses perubatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan