UniMAP Teruskan Job Camp Pastikan Graduan Dapat Pekerjaan

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan meneruskan Program Job Camp yang dianjurkan tahun lepas bagi memastikan graduan universiti itu mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata Program Job Camp itu merupakan satu latihan yang ditawarkan kepada graduan UniMAP dalam usaha memberikan peluang kepada mereka mendapat pekerjaan.

"Program ini dibahagikan kepada dua bidang kritikal iaitu sektor elektrik dan elektronik serta automotif di mana graduan yang dipilih menjalani latihan selama empat hingga enam bulan di beberapa syarikat dalam bidang berkaitan," katanya ketika berucap pada Majlis Program Job Camp UniMAP di sini malam Ahad.

Beliau berkata seramai 76 graduan UniMAP dipilih menyertai program berkenaan di mana 65 daripadanya berjaya mendapat pekerjaan di syarikat yang menjadi tempat latihan mereka manakala selebihnya memilih untuk bekerja di syarikat lain.

Sementara itu, UniMAP turut menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak industri iaitu Malaysia Automotive Institute (MAI), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Siltera (M) Sdn Bhd.

MoU berkenaan bertujuan menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dalam memberikan latihan dan pendedahan kepada graduan UniMAP selain mempersiapkan mereka (graduan) bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. – BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan